Bismillahirrahmanirrahim
Dulu, saya pernah terfikir.. bahawa potensi yang saya ada adalah melalui penulisan, kerana saya memang tak pandai berkata-kata. Namun, setelah lama tidak menulis, saya rasa, "oh, saya memang tidak pandai menulis, ayat terabur, tatabahasa entah ke mana, bahasa yang digunakan pun terlalu 'fake' dan tak menyentuh hati."
Tapi, disebabkan itulah saya cuba menulis semula. Walaupun entah ke berapa kali dah saya terfikir untuk delete sahaja blog ini, disebabkan ketidak-best-annya yang amat.
Tapi, dalam masa yang sama, saya mahu menyumbangkan sesuatu kepada ummah ini! Kalau boleh, saya mahu all-out dalam setiap perkara. (zass! kena lempang sendiri- cakap tak serupa bikin!!!)
Maka inshaAllah, saya akan terus menulis, untuk melatih dan menggilap segala potensi yang ada untuk ummah. Abaikan sahaja bisikan-bisikan syaitan yang berbisik melemahkan semangat.
"Kau ni tak pandai cakap, baik jangan jadi penyampai.. nanti habis semua orang tak dapat apa-apa dari apa yang kau sampaikan" T__T
"Kau tulis apa ni? langsung tak memberi manfaat kepada manusia..dah lah tak best, baik tak yah tulis"
:) sungguh, bisikanmu sangat halus wahai makhluk yang sangat-sangat cemburu dengan kami.
Semoga kita dipilih untuk ikhlas dalam setiap amal yang cuba kita lakukan keranaNya, inshaAllah.
Berkata-katalah kerana Allah
Menulislah kerana Allah
Belajarlah kerana Allah
Makan & minumlah kerana Allah
Tidurlah kerana Allah
Pendek kata, Hiduplah kerana Allah!
Tepatilah janji dan ikrar yang kita lafazkan saban hari dan saban waktu
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah kerana Allah"
1 comments:
impian hari ini, realiti hari esok..
inshaAllah, semoga tarbiyyah ini benar-benar melahirkan seorang yang luar biasa!
from zero to hero!
Post a Comment