Bismillahirrahmanirrahim
Hari ini, setelah lama tidak melakukannya,
Saya menjenguk blog demi blog, sahabat-sahabat lama,
sahabat-sahabat yang tak berapa lama,
sahabat-sahabat yang hanya dikenali luarannya
juga sahabat-sahabat yang dikenali luar dalamnya.
Betapa, kadang kita tak sedar bahawa dalam diri manusia itu ada secebis kebaikan
Ataupun mungkin lebih dari itu,
Ia bukan hanya secebis, tapi mungkin segumpal
Namun kadang kerana dikelabui, mata kita tak nampak yang baik
Yang tampak hanya yang kurang baik
Lantas membentuk persepsi kita dan cara kita bertindak kepada mereka.
Oleh sebab itu,
Al-khaliq telah mengajarkan kita untuk sentiasa bersangka baik
Kerana sangka baik itu adalah tahapan pertama dalam ukhuwwah
Mana mungkin untuk kira realisasikan itsar, sekiranya husnu zon pun tak lepas?
Haishh..
Tepuk dada, tanya iman sendiri..
p/s: macam tak related kan. Tapi sebenarnya nak cakap, waktu membaca blog-blog orang tu, rasa.. "eh, baiknya dia ni.. nampak kat luar tak macam ni pun??" huhu~ again, husnu zon please. Ukhuwwah teras kegemilangan... kan?
0 comments:
Post a Comment