Bismillahirrahmanirrahim
Dalam perjalanan yang panjang ini
Adakalanya kita terjatuh,
Ter'mengeluh',
Ter'marah'
Ter'futur'
Terhenti sejenak,
Apatah lagi bila memikirkan... "Sejauh mana anda tarbiyah?"
Sepanjang 5 tahun (contohnya) anda ditarbiyah, apakah perbezaan yang telah berlaku dalam diri anda?
Sedangkan tarbiyah itu kan proses..
Proses perubahan,
Maka, haruslah ada perubahan, lebih-lebih lagi sekiranya telah 5 tahun anda berada dalam tarbiyah
Bagaimana dengan kualiti solat anda?
Adakah semakin khusyuk? atau sama sahaja seperti dahulu kala sebelum tarbiyah?
Bagaimana pula dengan hafazan anda?
Adakah ada pertambahan, ataupun semakin menyusut?
Bagaimana pula dengan akhlak anda? Bagaimana cara anda berkomunikasi, berpakaian, berikhtilat, bercakap, bergurau, cara ketawa, cara belajar, cara anda mengendalikan perasaan marah, sedih, gembira, kecewa dan seumpamanya?
Adakah ada sebarang perubahan????
Ada ke??????
Ataupun anda adalah sepertimana kata-kata "BSURSICUB4= Be as you are as I see you before"?
Entah...
Jawapan itu berada dalam diri anda sendiri
Pada sahabat yang terdekat dengan diri anda sendiri
Sahabat hati nurani, yang seringkali menegur dalam diam
Yang seringkali 'menampar-nampar' diri saat tersedar
Jangan, jangan biarkan sahabat itu tersisih!!!
Jangan sesekali merasa cukup dengan dirimu yang dikatakan baik itu!!!
Kerana satu masa nanti, sekiranya kau selalu tidak mengendahkannya,
Maka dia pergi
Dan saat itu, bertambah sukarlah untuk dirimu mendapat teguran yang tulus ikhlas
Yang menyuluh terang dalam kegelapan.
Kenalilah diri anda sendiri
Duduk sejenak,
muhasabah dan koreksi diri anda sebelum anda memperbetulkan insan lain
Aslih nafsaka, wadh'u ghairaka
Jalan menujuNya sentiasa terbuka luas
Pantaslah, cepat-cepat kejar!
Kerana masa yang diperuntukkan kepadamu semakin suntuk!
Ingatlah,
Sesungguhnya...
Allah sukakan hambaNya yang bertaubat...
Semoga semakin dekat kepadaNya, kerana tiada nikmat yang lebih indah daripada saat bertemu denganNya.
0 comments:
Post a Comment