Mari menjadi hamba Tuhan yang Maha Pengasih, yang mengajarkan Al-Quran.
RSS

Berusaha!

Bismillah

Baru-baru ini saya ada mendengar sebuah talk, bertajuk "Jeng, jeng, jeng".. (eh tak pun, tajuk dia bukan macam tu). & dalam talk ini, satu perkara (sebenarnya banyak lagi) yang saya amat tertarik adalah, tentang sikap kita. Kita perlu ada sikap yang positif & membina, walau dalam keadaan apa sekalipun diri kita.

cth: kalau takde kicap, jangan sedih.. kan sos ada. (huhu.. ok, cth yang agak tak relevan)
cth 2: kalau cikgu lambat datang kelas, takpe. ada banyak masa untuk revise lagi sebelum cikgu datang.
cth 3: kalau kena tunggu untuk kelas yang berikutnya dengan sangat-sangat lama.. di tempat yang kita sendiri rasa tak selesa sangat! takpe... boleh manfaatkan masa untuk baca buku-buku tarbiyyah, buku-buku medic, boleh dengar talk, boleh tasmi' hafazan, boleh hafaz surah baru, boleh tilawah berjuzu'-juzu'. (tak ke best tu??)

yang penting, jangan sesekali mengalah. Jangan sesekali rasa lemah & rasa sedih disebabkan kondisi-kondisi kita yang berbeza dari orang lain. Dan yang paling penting lagi, jangan membanding-bandingkan nasib kita dengan orang lain. Terimalah seadanya dengan penuh rasa syukur kepada Allah. Alhamdulillah!

& yakinlah, Allah hanya memberikan yang terbaik. Anggaplah ini ujian & tarbiyyah dari Allah. 0 comments

Menggilap potensi demi ummah

Bismillahirrahmanirrahim

Dulu, saya pernah terfikir.. bahawa potensi yang saya ada adalah melalui penulisan, kerana saya memang tak pandai berkata-kata. Namun, setelah lama tidak menulis, saya rasa, "oh, saya memang tidak pandai menulis, ayat terabur, tatabahasa entah ke mana, bahasa yang digunakan pun terlalu 'fake' dan tak menyentuh hati."

Tapi, disebabkan itulah saya cuba menulis semula. Walaupun entah ke berapa kali dah saya terfikir untuk delete sahaja blog ini, disebabkan ketidak-best-annya yang amat.

Tapi, dalam masa yang sama, saya mahu menyumbangkan sesuatu kepada ummah ini! Kalau boleh, saya mahu all-out dalam setiap perkara. (zass! kena lempang sendiri- cakap tak serupa bikin!!!)

Maka inshaAllah, saya akan terus menulis, untuk melatih dan menggilap segala potensi yang ada untuk ummah. Abaikan sahaja bisikan-bisikan syaitan yang berbisik melemahkan semangat.

"Kau ni tak pandai cakap, baik jangan jadi penyampai.. nanti habis semua orang tak dapat apa-apa dari apa yang kau sampaikan" T__T

"Kau tulis apa ni? langsung tak memberi manfaat kepada manusia..dah lah tak best, baik tak yah tulis"

:) sungguh, bisikanmu sangat halus wahai makhluk yang sangat-sangat cemburu dengan kami.

Semoga kita dipilih untuk ikhlas dalam setiap amal yang cuba kita lakukan keranaNya, inshaAllah.

Berkata-katalah kerana Allah
Menulislah kerana Allah
Belajarlah kerana Allah
Makan & minumlah kerana Allah
Tidurlah kerana Allah
Pendek kata, Hiduplah kerana Allah!

Tepatilah janji dan ikrar yang kita lafazkan saban hari dan saban waktu
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah kerana Allah" 1 comments

Of Ukhuwwah... apa kata hatimu?

Bismillahirrahmanirrahim
Membaca kisahmu, wahai sahabat rasulullah, membuat hatiku bergumam lirih...
Alangkah, alangkah hebatnya imanmu duhai sahabat rasulullah,
Sehinggakan ukhuwwahmu menjadi sebegini hebat!
Ya rabb, 
izinkan daku, 
belajar dari mereka...
Mengamalkan setiap satu saranan yang Kau ajarkan kepada kami
Demi meraihmu cintamu yang hakiki
ameen~

Pernah ada masa-masa
pernah ada masa-masa dalam cinta kita
kita lekat bagai api dan kayu
bersama menyala, saling menghangatkan rasanya
hingga terlambat untuk menginsyafi bahwa
tak tersisa dari diri-diri selain debu dan abu
pernah ada waktu-waktu dalam ukhuwah ini
kita terlalu akrab bagai awan dan hujan
merasa menghias langit, menyuburkan bumi,
dan melukis pelangi
namun tak sadar, hakikatnya kita saling meniadai
di satu titik lalu sejenak kita berhenti, menyadari
mungkin hati kita telah terkecualikan dari ikatan di atas iman
bahkan saling nasehatpun tak lain bagai dua lilin
saling mencahayai, tapi masing-masing habis dimakan api
kubaca cendikiawan dinasti ming, feng meng long
menuliskan sebaitnya dalam ‘yushi mingyan’;
“bungapun layu jika berlebih diberi rawatan
willow tumbuh subur meski diabaikan”
maka kitapun menjaga jarak dan mengikuti nasihat ‘ali
“berkunjunglah hanya sekali-sekali, dengan itu cinta bersemi”
padahal saat itu, kau sedang dalam kesulitan
seperti katamu, kau sedang perlu bimbingan
maka seolah aku telah membiarkan
orang bisu yang merasakan kepahitan
menderita sendiri, getir dalam sunyi
-ataukah memang sejak dulu begitulah aku?-
dan sekarang aku merasa bersalah lagi
seolah hadirku kini cuma untuk menegur
hanya mengajukan keberatan, bahkan menyalahkan
bukan lagi penguatan, bukan lagi uluran tangan
-kurasa uluran tanganku yang dulupun membuat kita
hanya berputar-putar di kubangan yang kau gali itu-
kini aku hanya menangis rindu membaca kisah ini;
satu hari abu bakr, lelaki tinggi kurus itu menjinjing kainnya
terlunjak jalannya, tertampak lututnya, gemetar tubuhnya
“sahabat kalian ini”, kata Sang Nabi pada majelisnya, “sedang kesal
maka berilah salam padanya dan hiburlah hatinya..”
“antara aku dan putera al khaththab”, lirih abu bakr
dia genggam tangan nabi, dia tatap mata beliau dalam-dalam
“ada kesalahfahaman. lalu dia marah dan menutup pintu rumah.
kuketuk pintunya, kuucapkan salam berulangkali untuk memohon maafnya,
tapi dia tak membukanya, tak menjawabku, dan tak juga memaafkan.”
tepat ketika abu bakr selesai berkisah, ‘umar datang dengan resah
“sungguh aku diutus pada kalian”, Sang Nabi bersabda
“lalu kalian berkata ‘engkau dusta!’, wajah beliau memerah
“hanya abu bakr seorang yang langsung mengiya, ‘engkau benar!’
lalu dia membelaku dengan seluruh jiwa dan hartanya.
masihkah kalian tidak takut pada Allah untuk menyakiti sahabatku?”
‘umar berlinang, beristighfar dan berjalan simpuh mendekat
tapi tangis abu bakr lebih keras, air matanya bagai kaca jendela lepas
katanya, “tidak ya Rasulallah.. tidak.. ini bukan salahnya..
demi Allah akulah memang yang keterlaluan..”
lalu diapun memeluk ‘umar, menenangkan bahu yang terguncang
ya Allah jika kelak mereka berpelukan lagi di sisiMu
mohon sisakan bagian rengkuhannya untuk kami
pada pundak, pada lengan, pada nafas-nafas ini..
salim a. fillah –www.fillah.co.cc-

0 comments

Our Main Strength

Bismillahirrahmanirrahim


Sesungguhnya, kekuatan untuk seorang mu'min itu, pertama-tama sekali adalah hubungannya yang kuat dengan al-khaliq. Kemudian, ia diikuti pula dengan ukhuwwah. Iman & ukhuwwah, tak pernah dapat dipisahkan. Sekiranya tiada iman, maka mana mungkin wujud ukhuwwah. Begitu juga sebaliknya, kalau ada iman, maka sewajarnya ukhuwwah itu juga ada. Tidak boleh tidak. Ia pasti ada sekiranya kita mengaku beriman. Lalu, mengapa seringkali terasa macam ada masalah ukhuwwah ?


:)


itu tandanya, Allah sedang menguji kita. Menguji iman kita, menguji keikhlasan kita, sejauhmana kita dapat mempraktikkan teori-teori ukhuwwah yang telah kita pelajari.
Tabahlah! Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah!! Sabar itu kan bekal seorang daie juga. 
:)


Wahai ibadurrahman, selamat memperbaharui niat ya! Jangan biarkan musuhmu yang utama itu menang hanya kerana perselisihan faham yang terlalu kecil dan remeh. yoshh!!


Seindah sedamai pantai melambai gemalai
Begitulah hati merindu kasih yang padu
Bagaikan pepasir basah disimbah lautan
Begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah

Kita ingin segalanya indah
Sebersih pasir pantai memutih
Seindah dan secerah pawana
Berseri ukhwah dipupuk kasih

Kita ingin segala terlerai
Dengki dan dendam kesumat musnah
Biar keikhlasan berbicara

Di dada hati luas saujana
0 comments

Menyangka, bersangka dan tersangka

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini, setelah lama tidak melakukannya,
Saya menjenguk blog demi blog, sahabat-sahabat lama,
sahabat-sahabat yang tak berapa lama,
sahabat-sahabat yang hanya dikenali luarannya
juga sahabat-sahabat yang dikenali luar dalamnya.

Betapa, kadang kita tak sedar bahawa dalam diri manusia itu ada secebis kebaikan
Ataupun mungkin lebih dari itu,
Ia bukan hanya secebis, tapi mungkin segumpal
Namun kadang kerana dikelabui, mata kita tak nampak yang baik
Yang tampak hanya yang kurang baik
Lantas membentuk persepsi kita dan cara kita bertindak kepada mereka.

Oleh sebab itu,
Al-khaliq telah mengajarkan kita untuk sentiasa bersangka baik
Kerana sangka baik itu adalah tahapan pertama dalam ukhuwwah
Mana mungkin untuk kira realisasikan itsar, sekiranya husnu zon pun tak lepas?

Haishh..

Tepuk dada, tanya iman sendiri..

p/s: macam tak related kan. Tapi sebenarnya nak cakap, waktu membaca blog-blog orang tu, rasa.. "eh, baiknya dia ni.. nampak kat luar tak macam ni pun??" huhu~ again, husnu zon please. Ukhuwwah teras kegemilangan... kan? 0 comments

Karib

Bismillahirrahmanirrahim


Dalam perjalanan yang panjang ini

Adakalanya kita terjatuh,

Ter'mengeluh',

Ter'marah'

Ter'futur'

Terhenti sejenak,

Apatah lagi bila memikirkan... "Sejauh mana anda tarbiyah?"

Sepanjang 5 tahun (contohnya) anda ditarbiyah, apakah perbezaan yang telah berlaku dalam diri anda?

Sedangkan tarbiyah itu kan proses..

Proses perubahan,

Maka, haruslah ada perubahan, lebih-lebih lagi sekiranya telah 5 tahun anda berada dalam tarbiyah

Bagaimana dengan kualiti solat anda?

Adakah semakin khusyuk? atau sama sahaja seperti dahulu kala sebelum tarbiyah?

Bagaimana pula dengan hafazan anda?

Adakah ada pertambahan, ataupun semakin menyusut?

Bagaimana pula dengan akhlak anda? Bagaimana cara anda berkomunikasi, berpakaian, berikhtilat, bercakap, bergurau, cara ketawa, cara belajar, cara anda mengendalikan perasaan marah, sedih, gembira, kecewa dan seumpamanya?

Adakah ada sebarang perubahan????

Ada ke??????

Ataupun anda adalah sepertimana kata-kata "BSURSICUB4= Be as you are as I see you before"?

Entah...

Jawapan itu berada dalam diri anda sendiri

Pada sahabat yang terdekat dengan diri anda sendiri

Sahabat hati nurani, yang seringkali menegur dalam diam

Yang seringkali 'menampar-nampar' diri saat tersedar

Jangan, jangan biarkan sahabat itu tersisih!!!

Jangan sesekali merasa cukup dengan dirimu yang dikatakan baik itu!!!

Kerana satu masa nanti, sekiranya kau selalu tidak mengendahkannya,

Maka dia pergi

Dan saat itu, bertambah sukarlah untuk dirimu mendapat teguran yang tulus ikhlas

Yang menyuluh terang dalam kegelapan.

Kenalilah diri anda sendiri

Duduk sejenak,

muhasabah dan koreksi diri anda sebelum anda memperbetulkan insan lain

Aslih nafsaka, wadh'u ghairaka

Jalan menujuNya sentiasa terbuka luas

Pantaslah, cepat-cepat kejar!

Kerana masa yang diperuntukkan kepadamu semakin suntuk!

Ingatlah,

Sesungguhnya...

Allah sukakan hambaNya yang bertaubat...

Semoga semakin dekat kepadaNya, kerana tiada nikmat yang lebih indah daripada saat bertemu denganNya. 0 comments

Sejenak...


Sukarkah?

Sukarkah untuk mengajak dan menyedarkan insan lain atas dasar cinta kepada Allah. 

Sukarkah? 

Mencintai insan lain, menyayanginya kerana Allah, ingin sangat untuk sama-sama bersua dengannya di jannah yang dijanjikan Allah. Kerana itu, kita bekerja keras untuk menyedarkan matlamat hidupnya. 

Sukarkah?

Ataupun kita sendiri telah lupa prinsip asas untuk apa yang kita perjuangkan. Menjadikan segala yang diperjuangkan sebagai beban, bukan lagi satu peluang dan rahmat untuk meraih cinta Allah. Bukan lagi satu kenikmatan, tetapi bebanan. Allahu ghayatuna hanya wujud pada bicara semata-mata, tetatpi tidak di jiwa kita. Allah.......

Kalau tak lillah, kita akan lelah..................

Hidup ini kan mudah kalau ikhlas........................

Dakwah ini mudah, kerana motivasinya adalah cinta kepada Allah.....

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan semesta alam...

Teruskan usaha mencari cintaNya.. Dia dekat, tidak pernah jauh... 
Mungkin...
ya, mungkin kita sendiri yang menjauh....

“Aku adalah menurut persangkaan hambaKu kepadaKu. Dan Aku bersamanya ketika ia menyebutKu. Jika ia menyebutKu dalam dirinya, maka Aku menyebutnya dalam diriKu. Ketika ia menyebutKu ditengah-tengah sekelompok orang, maka Aku menyebutnya ditengah-tengah kelompok yang lebih baik dari mereka (kelompok malaikat).” (HR Imam Ahmad, Imam Bukhari, Imam Muslim, At Tirmidzi, dan Ibnu Majah)
0 comments

Mari bercerita

Bismillahirrahmanirrahim

Anda pernah dengar kisah tentang Salman al-Farisi?
Saya lihat anda mengangguk-angguk dan tersenyum, sambil berkumat -kamit, "Tahu-tahu, yang cerita dia mencari agama tu kan??"
-iya, betul-betul. Cerita itulah yang seringkali kita dengar. Kisah Salman, yang mencari hidayah Allah. Walaupun banyak rintangannya, dia tak pernah kenal erti putus asa. 
oh, tapi membaca kisahnya yang satu ini, lagi membuatkan saya tergamam dan terkesima.
Alangkah!!! Alangkah hebatnya ukhuwwah mereka. MashaAllah, wujud lagikah ukhuwwah seperti ini? inshaAllah, beginilah kisah Salman, yang telah saya ambil dari blog ini. Semoga ia bermanfaat buat semua insan, yang ingin mencontohi generasi quran yang unik ini. 

Salman Al Farisi memang sudah waktunya menikah. Seorang wanita Anshar yang dikenalnya sebagai wanita mukminah lagi shalihah juga telah mengambil tempat di hatinya. Tentu saja bukan sebagai kekasih. Tetapi sebagai sebuah pilihan dan pilahan yang dirasa tepat. Pilihanmenurut akal sehat. Dan pilahan menurut perasaan yang halus, juga ruh yang suci.
Tapi bagaimanapun, ia merasa asing di sini. Madinah bukanlah tempat kelahirannya. Madinah bukanlah tempatnya tumbuh dewasa. Madinah memiliki adat, rasa bahasa, dan rupa-rupa yang belum begitu dikenalnya. Ia berfikir, melamar seorang gadis pribumi tentu menjadi sebuah urusan yang pelik bagi seorang pendatang. Harus ada seorang yang akrab dengan tradisi Madinah berbicara untuknya dalam khithbah. Maka disampaikannyalah gelegak hati itu kepada shahabat Anshar yang dipersaudarakan dengannya, Abud Darda’.
Subhanallaah.. wal hamdulillaah..”, girang Abud Darda’ mendengarnya. Mereka tersenyum bahagia dan berpelukan. Maka setelah persiapan dirasa cukup, beriringanlah kedua shahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru tengah kota Madinah. Rumah dari seorang wanita yang shalihah lagi bertaqwa.
”Saya adalah Abud Darda’, dan ini adalah saudara saya Salman seorang Persia. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam, sampai-sampai beliau menyebutnya sebagai ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar putri Anda untuk dipersuntingnya.”, fasih Abud Darda’ bicara dalam logat Bani Najjar yang paling murni.
”Adalah kehormatan bagi kami”, ucap tuan rumah, ”Menerima anda berdua, shahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah kehormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang shahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak jawab ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami.” Tuan rumah memberi isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.
”Maafkan kami atas keterusterangan ini”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang bicara mewakili puterinya. ”Tetapi karena anda berdua yang datang, maka dengan mengharap ridha Allah saya menjawab bahwa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abud Darda’ kemudian juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menyiapkan jawaban mengiyakan.”
Jelas sudah. Keterusterangan yang mengejutkan, ironis, sekaligus indah. Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya! Itu mengejutkan dan ironis. Tapi saya juga mengatakan indah karena satu alasan; reaksi Salman. Bayangkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat dalam hati. Bayangkan sebentuk malu yang membuncah dan bertemu dengan gelombang kesadaran; bahwa dia memang belum punya hak apapun atas orang yang dicintainya. Mari kita dengar ia bicara.
”Allahu Akbar!”, seru Salman, ”Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan ini akan aku serahkan pada Abud Darda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”
♥♥♥
Tak mudah menjadi lelaki sejantan Salman. Tak mudah menjadi sahabat setulus Abud Darda’. Dan tak mudah menjadi wanita sejujur shahabiyah yang kelak kita kenal sebagai Ummud Darda’. Belajar menjadi mereka adalah proses belajar untuk menjadi orang yang benar dalam menata dan mengelola hati. Lalu merekapun bercahaya dalam pentas sejarah. 
0 comments

Optimis

Bismillahirrahmanirrahim

Saat diri rasa tak mampu
Sedangkan hati berbisik halus mengatakan
Tidak
Tidak sesekali Dia menentukan sesuatu di luar kemampuan

Tidak!
Kerana Dia maha tahu

ketika taat, ia tidak meragukan kemampuannya..

Jadikan cintaku padaMu ya Allah
Berhenti di titik ketaatan
Meloncati rasa suka dan tak suka

Karena aku tahu,
MentaatiMu dalam hal yang tak kusukai
Adalah kepayahan, perjuangan, dan gelimang pahala
Karena seringkali ketidaksukaanku,
hanyalah bagian dari ketidaktahuanku

-Jalan Cinta Para Pejuang-


Pelik bukan,
Ketika belajar merangkak, bertatih, berjalan, tidak pernah kita ragukan kemampuan untuk kita berjalan & berlari
Terus mencuba walaupun terjatuh
Terus optimis dan yakin bahawa kita boleh berjalan
Maka inshaAllah, tetapkan keyakinanmu
Kejarlah gelimang pahala! 0 comments

Cukuplah Allah

a few notes about ikhlas..

ikhlas tak semestinya rasa ringan ketika melakukannya

ikhlas juga tak semestinya rasa gembira sahaja ketika melakukannya

ikhlas boleh jadi apabila kita melakukannya kerana Allah, sekalipun kita rasa amat sangat berat yang teramat untuk melakukannya

ikhlas juga boleh jadi apabila kita melakukannya kerana Allah dan pada masa yang sama, air mata kita bercucuran di pipi dek kerana rasa payah melakukannya

ikhlas.
ikhlas.
ikhlas. 0 comments

Mari menjadi manusia.

Bismillahirrahmanirrahim

Alquran banyak mengajar kita untuk bersikap optimis. Walaupun kita banyak kesilapan, banyak dosa, namun Allah sentiasa membuka peluang bagi kita untuk bertaubat.

Begitu juga rasulullah, terlalu banyak contoh tauladan yang boleh kita ambil dari kehidupan baginda, yang mengajar untuk optimis dalam kehidupan. Sedangkan peribadi rasulullah itu sendiri telah menunjukkan sebuah optimisme. Baginda tidak boleh membaca, namun itu tak pernah menghalangnya dari menjadi seorang pemberi peringatan juga seorang pemimpin yang dihormati. Satu lagi kisah yang amat masyhur adalah peristiwa menggali parit sebagai persiapan perang ahzab. Dalam keadaan yang sangat mencemaskan, menghadapi musuh yang bukan calang-calangnya, Rasulullah sempat lagi menyemarakan semangat para sahabat dengan menjanjikan bahawa mereka akan dapat menundukkan Romawi, Persia, Iskandariyah dan negeri-negeri lainnya.

Sahabat-sahabat juga, menunjukkan tauladan bagi kita, bahawa apa yang Allah kehendaki dari kita hanyalah usaha kita menurut sehabis baik kemampuan kita, kerana Allah itu lebih dan maha mengetahui apa yang kita mampu lakukan.Cuba bayangkan, sekiranya Abu Bakar, saat memeluk islam, berkata:
" Banyak lagi ilmu yang aku tak cover ya Rasulullah, bagaimana mahu kusampaikan islam ini kepada yang lain?"

dan bayangkan juga sekiranya Mus'ab bin Umair berkata:
"Mana boleh aku pergi madinah tu sorang-sorang. Siapa nak guide aku?"

Namun, bukan begitu jawapan para sahabat. Hatta dalam keadaan yang sangat getir pun, ketika Huzaifah diarahkan untuk meninjau keadaan tentera musuh dalam perang ahzab, beliau tetap melaksanakan tugasnya dengan baik. Maka tidak hairanlah islam boleh bangun dan bangkit mengalahkan segala tamadun-tamadun lain yang telah wujud terlebih dahulu.

Syed Qutb ada menyebut tentang mereka ini, sebagai segolongan manusia belaka. Mereka bukanlah malaikat, ataupun superman, ataupun hero-hero yang mempunyai beraneka kebolehan sepertimana dalam kisah dongeng 'Heroes' itu. Bahkan, mereka juga tidak mampu membersihkan diri mereka dari perasaan-perasaan manusia dan kelemahan. Namun, mereka tidak dituntut menjangkau batas-batas jenis mereka sebagai manusia dan tidak pula disuruh keluar dari lingkungan jenis manusia sehingga hilang segala sifat-sifat dan ciri mereka sebagai manusia. Oleh kerana itulah Allah jadikan mereka sedemikian rupa supaya mereka tetap dengan sifat-sifat manusia dan tidak berubah kepada jenis makhluk yang lain, tidak berubah kepada malaikat-malaikat, tidak pula kepada syaitan-syaitan dan tidak pula kepada binatang dan batu batan. Sebagai manusia, mereka tetap mengalami rasa takut dan cemas apabila dilanda kesusahan. Hati mereka akan bergoncang apabila menghadapi suasana bahaya yang melewati keupayaan mereka. Namun demikian, hati mereka tetap tertambat pada tali yang kukuh yang menghubungkan mereka dengan Allah. Tali inilah yang menghalangkan mereka dari gugur dan tali inilah yang membaharui harapan mereka dan mengawal mereka dari putus asa. Dengan sifat-sifat inilah mereka menjadi contoh yang unik dan tiada tolok bandingnya di dalam sejarah manusia.

Subhanallah.. Manusia jenis apakah mereka ini?
Sudah tentu manusia biasa, yang sama juga seperti kita. Mereka juga makan, minum dan tidur. Tapi, apa yang menjadikan mereka isitmewa?
Punca keistimewaan mereka adalah kerana mereka dengan sifat-sifat manusia mereka telah berjaya mendaki setinggi-tinggi kemuncak yang disediakan Allah untuk makhluk manusia, iaitu mereka telah memperlihatkan kebolehan mereka memelihara ciri makhluk manusia di bumi dan berpegang kukuh dengan tali perhubungan dengan langit (Allah).

Speechless kan.. T__T
Tapi, Imam Hassan al-Banna ada berpesan:




الإمام الشهيد: ” لاَ تَيْأسُوا فَلَيْسَ اليَأْسَ مِنْ أَخْلاَقِ المُسْلِمِيْن… فَإِنَّ حَقَائِقَ اليَوْمِ أَحْلاَمُ الأَمْسِ… وَ أَحْلاَمُ اليَوْمِ حَقَائِقُ الغَدِ.
“Janganlah kalian berputus asa karena putus asa bukanlah akhlak muslim. Sesungguhnya realitas hari ini impian kemarin dan impian hari ini adalah realitas hari esok.”

Selamat bermujahadah!

0 comments