Alquran banyak mengajar kita untuk bersikap optimis. Walaupun kita banyak kesilapan, banyak dosa, namun Allah sentiasa membuka peluang bagi kita untuk bertaubat.
Begitu juga rasulullah, terlalu banyak contoh tauladan yang boleh kita ambil dari kehidupan baginda, yang mengajar untuk optimis dalam kehidupan. Sedangkan peribadi rasulullah itu sendiri telah menunjukkan sebuah optimisme. Baginda tidak boleh membaca, namun itu tak pernah menghalangnya dari menjadi seorang pemberi peringatan juga seorang pemimpin yang dihormati. Satu lagi kisah yang amat masyhur adalah peristiwa menggali parit sebagai persiapan perang ahzab. Dalam keadaan yang sangat mencemaskan, menghadapi musuh yang bukan calang-calangnya, Rasulullah sempat lagi menyemarakan semangat para sahabat dengan menjanjikan bahawa mereka akan dapat menundukkan Romawi, Persia, Iskandariyah dan negeri-negeri lainnya.
Sahabat-sahabat juga, menunjukkan tauladan bagi kita, bahawa apa yang Allah kehendaki dari kita hanyalah usaha kita menurut sehabis baik kemampuan kita, kerana Allah itu lebih dan maha mengetahui apa yang kita mampu lakukan.Cuba bayangkan, sekiranya Abu Bakar, saat memeluk islam, berkata:
" Banyak lagi ilmu yang aku tak cover ya Rasulullah, bagaimana mahu kusampaikan islam ini kepada yang lain?"
dan bayangkan juga sekiranya Mus'ab bin Umair berkata:
"Mana boleh aku pergi madinah tu sorang-sorang. Siapa nak guide aku?"
Namun, bukan begitu jawapan para sahabat. Hatta dalam keadaan yang sangat getir pun, ketika Huzaifah diarahkan untuk meninjau keadaan tentera musuh dalam perang ahzab, beliau tetap melaksanakan tugasnya dengan baik. Maka tidak hairanlah islam boleh bangun dan bangkit mengalahkan segala tamadun-tamadun lain yang telah wujud terlebih dahulu.
Syed Qutb ada menyebut tentang mereka ini, sebagai segolongan manusia belaka. Mereka bukanlah malaikat, ataupun superman, ataupun hero-hero yang mempunyai beraneka kebolehan sepertimana dalam kisah dongeng 'Heroes' itu. Bahkan, mereka juga tidak mampu membersihkan diri mereka dari perasaan-perasaan manusia dan kelemahan. Namun, mereka tidak dituntut menjangkau batas-batas jenis mereka sebagai manusia dan tidak pula disuruh keluar dari lingkungan jenis manusia sehingga hilang segala sifat-sifat dan ciri mereka sebagai manusia. Oleh kerana itulah Allah jadikan mereka sedemikian rupa supaya mereka tetap dengan sifat-sifat manusia dan tidak berubah kepada jenis makhluk yang lain, tidak berubah kepada malaikat-malaikat, tidak pula kepada syaitan-syaitan dan tidak pula kepada binatang dan batu batan. Sebagai manusia, mereka tetap mengalami rasa takut dan cemas apabila dilanda kesusahan. Hati mereka akan bergoncang apabila menghadapi suasana bahaya yang melewati keupayaan mereka. Namun demikian, hati mereka tetap tertambat pada tali yang kukuh yang menghubungkan mereka dengan Allah. Tali inilah yang menghalangkan mereka dari gugur dan tali inilah yang membaharui harapan mereka dan mengawal mereka dari putus asa. Dengan sifat-sifat inilah mereka menjadi contoh yang unik dan tiada tolok bandingnya di dalam sejarah manusia.
Subhanallah.. Manusia jenis apakah mereka ini?
Sudah tentu manusia biasa, yang sama juga seperti kita. Mereka juga makan, minum dan tidur. Tapi, apa yang menjadikan mereka isitmewa?
Punca keistimewaan mereka adalah kerana mereka dengan sifat-sifat manusia mereka telah berjaya mendaki setinggi-tinggi kemuncak yang disediakan Allah untuk makhluk manusia, iaitu mereka telah memperlihatkan kebolehan mereka memelihara ciri makhluk manusia di bumi dan berpegang kukuh dengan tali perhubungan dengan langit (Allah).
Speechless kan.. T__T
Tapi, Imam Hassan al-Banna ada berpesan:
الإمام الشهيد: ” لاَ تَيْأسُوا فَلَيْسَ اليَأْسَ مِنْ أَخْلاَقِ المُسْلِمِيْن… فَإِنَّ حَقَائِقَ اليَوْمِ أَحْلاَمُ الأَمْسِ… وَ أَحْلاَمُ اليَوْمِ حَقَائِقُ الغَدِ.
“Janganlah kalian berputus asa karena putus asa bukanlah akhlak muslim. Sesungguhnya realitas hari ini impian kemarin dan impian hari ini adalah realitas hari esok.”
Selamat bermujahadah!
0 comments:
Post a Comment