Mari menjadi hamba Tuhan yang Maha Pengasih, yang mengajarkan Al-Quran.
RSS

Usrati


Bismillahirrahmanirrahim
Berada dalam sebuah usrah yang unik, sememangnya menjadikan kami unik. Selalunya mencurahkan isi hati, menasihati & menangis itu adalah perkara biasa bagi sesebuah usrah. Namun, tidak begitu bagi usrahku. Menangis membuatkan diri kita rasa pelik, seolah-olah keadaan awkward yang berlaku apabila tengah bising-bising, tiba-tiba semua orang senyap. SILENCE. Then, ada orang cakap: "Malaikat lalu.." Haa, gitulah keadaannya bila salah seorang dari kami ternangis. 
Pelik kan?
Semua orang tak tahu nak react bagaimana kalau ada usrahmate ternangis. 
Itulah. Sebab kami unik. Usrah pun bukan darat. Maka, berhadapan dengan laptop ketika berusrah, mungkin sememangnya mengurangkan 'feel'nya. Maka, sepertimana kata pepatah "Disconnect to connect", mungkin itulah yang wajar kami lakukan. huhu. (cabut saje cable internet itu & borak-borak sesama usrahmate, tapi sangat-sangat jarang pula kami buat benda ni )
Alkisah, pada suatu hari ada seorang kakak yang datang berjumpa kami. Apabila ditanyakan, padanya "Setelah duduk-duduk dengan kami beberapa hari ni, apa masalah yang kakak rasa ada pada diri kami ni?" guess what?
Kakak tu kata: " Rasanya terlalu awal untuk akak buat judgement. Tapi, dari soalan-soalan yang antum ajukan, akak rasa, antum kurang mengekspresikan cinta." 
:) ya, itulah kami. Saat orang lain futur, saya hanya dapat merenung & berfikir.. "Apa nak buat ni? bagi hadiah ke? masak ke? apa yang terbaik ni?" yet, last-last tak buat apa pun. Fikir je, tapi tak buat apa-apa. 
ok, salah sendiri kan camtu.
Urm, sebenarnya kan memang saya wish usrah saya menjadi lebih mesra. Ada masanya seorang memberikan taujih & yang lain mendengar dengan khusyu'. Tapi sayang, apabila taujih dari salah seorang usrati berlaku, selalunya orang tak fokus, seolah-olah kata-kata di angin lalu pula. urm, mungkin hanya mengharapkan kepada sang murabbi sahaja. Hormat & tsiqqah pun pada sang murabbi sahaja, tidak kepada usrahmate. 
(I wish that i can change that! But i know that it's a process, which will take some time!)
Tapi, apapun yang berlaku, di sebalik semua kekurangan ni, inshaAllah, saya akan sentiasa mencintai usrah saya. 
Uhibbukunna fillah ya akhawati. 

0 comments:

Post a Comment