Mari menjadi hamba Tuhan yang Maha Pengasih, yang mengajarkan Al-Quran.
RSS

random thoughts

Bismillahirrahmanirrahim

hari ini usai sudah satu event besar yang dijayakan oleh ramai ikhwah akhawat.. Dan saya pasti, event ni takkan berjaya jika tiada rijal2 yg sungguh2 berusaha keras utk melaksanakannya..

Ya Allah, seriously tak tahu bagaimana nak cakap tentang perasaan saya.
Setiapkali event begini, saya tahu.. kadang2 saya ambil sikap tak endah sahaja.. means, saya selalu tak rasa mahu berlumba-lumba mengejar pahala2 yg terbentang. Bukan sebab apa, (ceee alasan) selalunya, ketakutan saya untuk memegang amanah yang besar itu, lebih besar daripada semangat saya untuk mengejar pahala2 & ganjaran2 yg telah Allah janjikan itu. Sedih bukan?

Dan lebih sedih apabila, saya sedar je akan hal ni sewaktu tamatnya sesebuah event, tapi saya masih  lagi SAYA, yg takutnya & inferiority complexnya melebihi daripada himmah aliyah & ruhul istijabah itu.

T__T down? tak usah kot.. kerana ia mengeruhkan keadaan.
Saya harap.. saya berubah. Dan saya kene put trust in Allah banyak2, and minta kat Allah banyak2 agar Dia beri kekuatan kepada saya untuk berubah.

&.. saya pun kena usaha banyak2!!! dan yakin selalu.. bahawa, Allah takkan membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya!

p/S: lain kali kalau dapat tugas/amanah lagi, jangan mengelak! ambillah dengan penuh rasa tanggungjawab & ingatlah selalu bahawa Allah akan tanya kat akhirat nnt tentang segala mas'uliyah kita! jangan duk fikir 'aku tak layak, aku lemah, aku banyak dosa.. etc2' buang masa saja.. sebaliknya, guna masa sebaiknya dengan banyakkan guna akal fikiran kita, bagaimana untuk melaksanakan tugas itu dengan terbaik, sehaaaabis baik, kerana Allah swt!

Bangkitlah!!! Lakukan perubahan demi perubahan kerana Allah swt.. jgn statik.. jangan ingat bila kau dah ada bersama2 dengan kelompok ni, maka kau pun dapat pahala atas apa yg kwn2 kau buat.. hei, ingat sikit, hisab nnt sendiri2! mana boleh kita minta org lain share pahala dgn kita! so, nak pahala... cari & buat kerja sendiri! ok?

0 comments:

Post a Comment